Monday, November 20, 2017

Tiada lagi sembelit dengan Balm TummyTime Tasneem Naturel


tasneem naturel baby balm


Haii..roshar nak continue story pasal our afeeya hasya..lepas minum susu similac dengan rumusan khas tu dalam 2 minggu camtu afeeya start susah berak..pernah sampai 3 hari dia tak berak..bila kita campurkan bf dengan susu formula ni la risiko dia sembelit..

afeeyahasya


Masa little afeeya kuning tinggi hari tu, doktor suruh top up susu formula coz of berat dia turun dan doktor cakap mungkin susu bf je tak cukup..sebolehnya roshar nak fully bf afeeya tapi demi afeeya mak turutkan janji berat afeeya bertambah, kuning turun cepat dan afeeya boleh discaj..so babah beli susu Similac Rumusan Khas untuk baby kurang berat badan..1 week mula-mula bagi susu Similac tu berak dia ok lagi lepas minggu ke 2 tu baru afeeya start berak 2-3 hari sekali..

Afeeya asyik merengek jer macam serba tak kena, kesian tengok dia..kadang-kadang bf pun xnak asyik nak beriba jer..babah terpaksa beli lactul ubat picit kat bontot tu utk tolong afeeya bagi mudah berak..bayangkan la baby sembelit even kita yang dewasa ni pun seksa rasa kalau kena sembelit kan..

afeeyahasya



Roshar pun cuba sapu Balm Tummy Time Tasneem Naturel dekat perut afeeya dan kaki afeeya, alhamdulillah dengan izinNya terus berkesan esoknya tu..sampai bocor-bocor afeeya pupu huhu..the next day pun sama lawas &  penuh pampers ..dia pun nampak happy jer lepas dah membuang kan..alhamdulillah nampak serasi balm Tasneem Natural ni dengan afeeya..so takyah risau lagi dah jumpa produk yang serasi kan..


afeeyahasya



A few days ni plak afeeya selsema & nampak susah nak nafas..roshar terus sapukan balm Coughflu Rub kat dada, leher, tulang belakang & kaki afeeya..alhamdulillah terus nampak kesan dia, keluar hingus dia pastu nafas pun nampak elok dah..kalau tak dia asyik meragam sebab tak selesa kan..

Terdapat 4 jenis balm yang dikeluarkan oleh Tasneem Natural iaitu:


Tummy Time

tasneem naturel baby balm 
  • Membantu membuang angin dalam perut 
  • Melegakan perut sebu serta kembung..


Cara guna: Sapu pada perut dan tapak kaki


Ramuan :  Fennel, Ginger, Wild mint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Anise, Juniper

Calm Time


tasneem naturel baby balm

  • Memberi keselesaan kepada bayi
  • Membantu anak lebih tenang 
  • Mengurangkan keletihan dan tekanan kepada bayi
Cara guna: Sapu pada nadi, belakang telinga, tulang belakang, pergelangan tangan dan tapak                            kaki

Ramuan: Lavender, Naval orange, Tangerine,Geranium, Marjoram, Frankinsense,                                           Bergamot, Chamomile


Sleep Time

tasneem naturel baby balm
  • Membantu membaiki kualiti tidur , anak bangun dalam keadaan ceria
  • Membantu anak supaya mudah tidur lena

Cara guna : Sapu pada nadi, belakang telinga, tulang belakang, pergelangan tangan dan tapak                               kaki

Ramuan: Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange, Marjoram, Targerine fruit fermet,                             Ylang ylang




Coughflu Rub

tasneem naturel baby balm
  • Membantu kurangkan selsema dan mencairkan kahak
  • Membantu melegakan asma
  • Mengurangkan suhu ketika demam

Cara guna: Sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada

Ramuan: Lemon, Sweet orange, Eucalyptus, Cypress,Tea Tree


Kesimpulannya, Tasneem Naturel Baby Balm ini sangat disyorkan kepada semua kerana produk Tasneem Naturel ni bukan sahaja boleh digunakan untuk bayi malahan orang dewasa juga.  Selain itu, Tasneem Natural Baby Balm adalah produk yang berasaskan bahan semula jadi dan 100% semulajadi  dan 100% pati minyak (Essential Oil)  yang asli.   Harga bagi sebotol Tasneem Naturel Baby Balm RM49 (SM) / RM 52 (SS) dengan berat 18g.

Antara testimoni dari pelanggan yang pernah menggunakan Tasneem Naturel Baby Balm ni..


tasneem naturel baby balm

tasneem naturel baby balm


tasneem naturel baby balm


Untuk dapatkan produk Tasneem Naturel Baby Balm ni boleh la order di:  



TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR
HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)

IG: TASNEEM NATUREL (OFFICIAL HQ)

FB : TASNEEM NATUREL HQ

www.tasneemnaturel.com



Our second little caliph

Alhamdulillah our second little caliph dah selamat dilahirkan pada 27.9 dengan 2.4 kg through ceaserean coz of breech and oligo..kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya kan..sebolehnya roshar memang nak bersalin normal tapi apakan daya semuanya perancangan Allah yang penting roshar & baby selamat alhamdulillah..

Afeeyahasya
First day of life..


Merasa jugak roshar bersalin ceaser huhu..hanya Allah yang tahu betapa takut & risaunya almaklumla first time ceaser..alhamdulillah my husband sentiasa disisi dan tak putus bagi kata semangat..now dah pun habis pantang hari ni dah 51 hari our little afeeya..

Hari 5 afeeya kena warded coz of kuning dia tinggi sampai 258 tak silap roshar berat afeeya plak turun dari 2.4 ke 2.16 jer..ya Allah tuhan jer tau masa tu perasaan roshar dah terbayang afeeya kena bogel & cucuk kat hospital nanti..terpaksa kuatkan semangat untuk kebaikan afeeya kan..merasa la naik ambulan dari KK Seksyen 19 ke Hospital Shah Alam..

Roshar pantang kat rumah kakak yang first kali ni..yela roshar tak boleh banyak bergerak sangat jadi susah skit nak handle amani..alhamdulillah mak, adik beradik dan especially husband yg sangat-sangat membantu.



Malam pertama kat hospital tu Doc cakap kuning afeeya makin tinggi sampai 4++..ya Allah terkejut nya kteorang masa tu, Doc cakap mungkin kalau makin naik mungkin kena tukar darah..terus air mata roshar dan husband mengalir dengan laju..Doc dah siap terangkan prosedur dorang akan buat dan apa risiko-risiko sekiranya terpaksa tukar darah..Doc mintak roshar sign siap-siap borang kebenaran utk tukar darah incase kuning afeeya makin naik time kteorang dah balik rumah..

Berat kaki kteorang nak melangkah balik dengan keadaan afeeya macam tu..roshar dan husband tak putus doa mintak kuning afeeya turun dan tak perlu sampai tukar darah..malam tu masing-masing tak boleh nak lelap mata teringatkan afeeya kat hospital..

Esoknya pagi-pagi lagi kteorang dah gerak ke hospital tak sabar rasanya nak tau result darah afeeya..alhamdulillah dengan izinNya kuning afeeya dah turun..petang tu afeeya dah boleh discaj alhamdulillah syukur sangat..tapi lepas beberapa hari kat rumah kuning afeeya naik balik..ya Allah afeeya lagi skali kena lalui prosedure yg sama..tangan kanan dan kiri afeeya hbs lebam..

Kali ni roshar bleh stay skali ngan afeeya sbb kebetulan ada katil kosong..roshar langsung xleh tdo satu nye sebab kesian tgk afeeya dan sbb lain dgr baby nangis ada tu sampai dh xde suara, ya Allah kesian nye..roshar tak putus2 doa kuning afeeya turun dan bleh discaj esok nye..roshar siap kena marah ngan doktor kenapa tak top up ngan susu formula..berat afeeya turun means afeeya tak cukup susu..so malam tu roshar pulun bg susu kat afeeya + plus top up susu formula hospital setiap 2 jam skali..alhamdulillah esok tghari tu afeeya dh discaj..



Babah terus belikan afeeya susu similac utk bayi kurang berat badan tu..after 1 week baru perasan afeeya tak suka rupanya susu similac tu..bila bg dia minum dia akan keluarkan balik..afeeya oh afeeya..

Panjang betul entry kali ni..hehe..kami namakan Afeeya Hasya binti Harun maksud sihat sempurna..semoga afeeya membesar dengan sihat dan sempurna yeh aamiin aamiin aamiin..

Nanti roshar sambung story episod jaundice dan susu afeeya..


Friday, August 04, 2017

Program Charity Fun Run Jog Walk "Let's Save Lives"

charityfun.jpg

Jomm sama-sama support Program Charity Fun, Run, Jog and Walk 6km
"Lets Saves Lives"!!


📅 8 Oktober 2017 (Ahad)
🕰 6.00 am
🏟 Laman 1 Malaysia Presint 2 Putrajaya
🏁 6km 



📌 *Yuran*
🏃 Terbuka untuk semua kategori 
🏃‍♀ RM55 Individu Dewasa
      RM50 Pelajar IPT
      RM45 jika berkumpulan lebih 5 orang
      RM30 bawah 18 tahun


🎖 *Finisher Medal* 🎖utk semua peserta yang menghabiskan larian dalam masa yang ditetapkan ⏱💪🏻

🏃100 peserta terawal sampai penamat akan mendapat 🎁 istimewa

🍀 Cabutan Bertuah menanti semua peserta

📌 *Tarikh Tutup Pendaftaran* 📌
📅 4  September 2017



*Daftar Segera* ❗❗❗


🎆Acara lain: 
Bersama duta derma organ antaranya:
🌟🌠🌟🌠🌟🌠
👵🏻Mok cun - Erma Fatima
👳🏻‍♀ IM Ashraf 
👱🏻 Hafiz Hamidun
👩🏽‍💼 Revathy (Dee jay THR Raaga)

Termasuk demo  ðŸœðŸðŸ²ðŸ±masakan sihat dari
👨🏻‍🍳 Chef Yang Jamil
👩🏻‍🍳 Masterchef Dr Ezani



Maklumat lanjut:

Atau hubungi;
📞 Nadia  0126496614
📞 Azlina 0139496006
📞 Azizul 0176044935
📞 Halim 0125700462