Tuesday, February 07, 2017

Resepi ayam ala kenny rogers mudah dan sedap

Resepi ayam ala kenny rogers mudah dan sedap

Bahan-bahan:
Seekor ayam di potong dua bahagian
1 inci halia
Sebatang serai
Segenggam lada hitam
1 kiub ayam
2 sudu besar olive oil
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Satu sudu kecil garam

Blend kan halia, serai yang telah dihiris nipis, lada hitam, kiub ayam dan segenggam lada hitam.
Kemudian satukan bahan yang telah di blend bersama olive oil, madu, sos tiram dan garam.
Lumurkan pada ayam dan perap selama 4 jam atau lebih. Lagi lama lagi sedap.
Bakar di dalam oven dengan suhu 200 C selama 30-40 minit.
Roshar bakar dalam kuali ajaib jer hehe..


Patin tempoyak match dengan budu

Hurmm patik tempoyak lagi hehe..dah kata all time favourite husband and wife, memang tak pernah jemu..kali masak patin tempoyak match dengan budu pure terengganu plus ulam-ulam kampung memang terangkat la..habis nasi satu periuk haha..



Budu ni memang original dari terengganu, tak tambah apa-apa pun lagi..ikan bilis pun tak hancur lagi tau..kalau budu kelantan selalunya dah masak sebab tu warna dia lain..memang marvellous!hehe

Resepi laksam terengganu mudah

Resepi Laksam Terengganu Mudah

Bahan-bahan: Laksam

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam
Sedikit garam (roshar tambah)

Campurkan tepung beras, tepung gandum, air suam dan sedikit garam..kacau sehingga sebati.
Sebelum kukus sapukan minyak pada permukaan  tudung periuk @ terpulang bekas apa yang anda guna.
Panaskan sekejap dalam periuk pengukus.
Bolehla letakkan adunan tepung tadi.
Kukus lebih kurang 2-3 minit.
Nak tau laksam dah masak  ke belum, permukaan laksam tu akan menggelembung.
Keluarkan dan bolehla di gulung.
Ulang sapukan minyak pada tudung periuk @ bekas sebelum letak adunan tepung.
(Tujuan sapu minyak supaya laksam tak melekat dan mudah digulung)




Ni bila laksam dah masak..dia akan menggelembung macam ni..maafkan rupa tudung periuk yang tak berapa cantik tu yeh hehe..

Bahan-bahan: Kuah Laksam
5- 6 ekor ikan selayang/kembung/selar
5 ulas bawang merah (bawang besar pun boleh)
Sedikit lada hitam
Asam keping 
1 1/2 santan kotak
Sedikit garam

Ulam: Kacang panjang, tauge dan timun batang..ikut selera masing-masing
Sambal cili: Cili besar dan cili padi, ditumbuk bersama sedikit belacan.
 
Rebus ikan selayang/kembung/selar, perisikan dan buang tulang.
Tumbuk bawang merah dan lada hitam dan isi ikan.
Masukkan santan ke dalam periuk dan panaskan sebentar.
Masukkan bawang merah, lada hitam dan isi ikan yang telah ditumbuk dan asam keping.
Biarkan sehingga menggelegak sedikit dan tambahkan garam.
Bolehla di hidang.



 Laksam yang dah siap




Karipap Inti Sardin

First trial buat karipap inti sardin.. Karipap sardin kakak amani's feveret..selalu mak beli je kat kedai hehe..but during pkp period...